سورة الإنفطار |
82. Al-Infitaar | 19 verses | The Cleaving | MeccanSearch | Recitation | Topics | Uthmani Script | Words | Quran Teacher |
1. Apabila langit terbelah;
| |
2. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
| |
3. Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
| |
4. Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan;
| |
5. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
| |
6. Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha] Pemurah?
| |
7. Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
| |
8. Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Dia menyusun kejadianmu.
| |
9. Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
| |
10. Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu,
| |
11. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu);
| |
12. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
| |
13. (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat;
| |
14. Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang.
| |
15. Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan,
| |
16. Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
| |
17. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
| |
18. Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
| |
19. (Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
|
Listen Quran Recitation |
Mishary Rashed al-Efasy |
Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Mohammed Siddiq Al Minshawy |
Abdullah Basfar |
Muhammad Aiyub |
Sodais and Shuraim |