Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1781)  Maha Suci allah dari apa yang mereka katakan itu!
(1782)  Kecuali hamba-hamba allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat dan akan mendapat sebaik-baik balasan).
(1783)  Dan sesungguhnya kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan allah dari sebarang sifat kekurangan)!
(1784)  Tentulah kami akan menjadi hamba-hamba allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!
(1785)  Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(1786)  Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan allah) itu.
(1787)  Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran dan tidak ada sama sekali tuhan yang sebenar melainkan allah Yang Maha Esa, lagi Yang kekuasaanNya mengatasi segala-galanya,
(1788)  Katakanlah lagi: Apa yang aku terangkan itu (tentang keesaan allah dan kebenaran kerasulanku) adalah berita penting yang amat besar (faedahnya).
(1789)  allah berfirman: Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?
(1790)  allah berfirman: Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir.
Back       Next
Pages 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209 210 211 212 213 214 215 216 217 218 219 220 221 222 223 224 225 226 227 228 229 230 231 232

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.