Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.

(2211)  Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada allah, maka allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(2212)  Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada allah, nescaya allah memudahkan baginya segala urusannya.
(2213)  Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada allah, nescaya allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.
(2214)  Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan allah kepadanya (sekadar yang mampu); allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
(2215)  allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertakwalah kepada allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya allah telah menurunkan kepada kamu peringatan;
(2216)  (Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat allah yang menerangkan kebenaran, supaya allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayat petunjuk) dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.
(2217)  allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu dan bahawa sesungguhnya allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
(2218)  Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, allah ampunkan kesilapanmu itu) dan allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(2219)  Sesungguhnya allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda iaitu kaffarah) dan allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu dan Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(2220)  Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya) dan allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi, (maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya: Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? Nabi menjawab: Aku diberitahu oleh allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi).
Back       Next
Pages 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209 210 211 212 213 214 215 216 217 218 219 220 221 222 223 224 225 226 227 228 229 230 231 232

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.