Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.

(471)  (Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. allah menurunkannya dengan ilmuNya dan malaikat juga turut menjadi saksi dan cukuplah allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).
(472)  Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan allah (agama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(473)  Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka:
(474)  Selain dari jalan Neraka Jahannam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi allah.
(475)  Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada allah), kerana sesungguhnya bagi allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi dan allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(476)  Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa Ibni Mariam itu hanya seorang pesuruh allah dan Kalimah allah yang telah disampaikanNya kepada Mariam dan (dia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada allah dan Rasul-rasulNya dan janganlah kamu mengatakan: (Tuhan itu) tiga. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci allah daripada mempunyai anak. Bagi allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah allah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).
(477)  (Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan allah) dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada allah, serta dia berlaku sombong takbur, maka allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.
(478)  Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka dan Dia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada allah dan berlaku sombong takbur, maka allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun - yang lain dari allah yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka.
(479)  Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira) dan allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan agama Islam), yang membawa kepadaNya.
(480)  Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: allah memberi fatwa kepada kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai anak dan dia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati dan dia pula (saudara lelaki itu) mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati dan sekiranya mereka (saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan. allah menerangkan (hukum ini) kepada kamu supaya kamu tidak sesat dan (ingatlah) allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Back       Next
Pages 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209 210 211 212 213 214 215 216 217 218 219 220 221 222 223 224 225 226 227 228 229 230 231 232

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.