Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.

(441)  Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu) dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(442)  Dan jika keduanya bercerai, maka allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari limpah kurniaNya dan (ingatlah) allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Maha Bijaksana.
(443)  Dan bagi allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(444)  Dan bagi allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan cukuplah allah sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan menguasai segala-galanya).
(445)  Jika allah menghendaki, nescaya Dia musnahkan kamu wahai umat manusia dan Ia datangkan gantinya dengan umat-umat yang lain dan adalah allah Maha Kuasa melakukan yang demikian itu.
(446)  Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat dan (ingatlah) allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
(447)  Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(448)  Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
(449)  Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada mereka ke jalan yang benar.
(450)  (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).
Back       Next
Pages 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95 96 97 98 99 100 101 102 103 104 105 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 116 117 118 119 120 121 122 123 124 125 126 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 138 139 140 141 142 143 144 145 146 147 148 149 150 151 152 153 154 155 156 157 158 159 160 161 162 163 164 165 166 167 168 169 170 171 172 173 174 175 176 177 178 179 180 181 182 183 184 185 186 187 188 189 190 191 192 193 194 195 196 197 198 199 200 201 202 203 204 205 206 207 208 209 210 211 212 213 214 215 216 217 218 219 220 221 222 223 224 225 226 227 228 229 230 231 232

The word(s) "allah" appears 3725 time(s) in 2316 verse(s) in Quran in Malay translation.