| سورة القيامة | 
75. Al-Qiyaama | 40 verses | The Resurrection | MeccanSearch | Recitation | Topics | Uthmani Script | Words | Quran Teacher | 
![]()  | |
1. 	Aku bersumpah dengan hari kiamat;
  | |
2. 	Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
  | |
3. 	Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
  | |
4. 	Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
  | |
5. 	(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat).
  | |
6. 	Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu?
  | |
7. 	Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
  | |
8. 	Dan bulan hilang cahayanya,
  | |
9. 	Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
  | |
10. 	(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri?
  | |
11. 	Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
  | |
12. 	Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
  | |
13. 	Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan.
  | |
14. 	Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
  | |
15. 	Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
  | |
16. 	Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
  | |
17. 	Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
  | |
18. 	Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
  | |
19. 	Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
  | |
20. 	Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
  | |
21. 	Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
  | |
22. 	Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
  | |
23. 	Melihat kepada Tuhannya.
  | |
24. 	Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
  | |
25. 	Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
  | |
26. 	Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
  | |
27. 	Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?
  | |
28. 	Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
  | |
29. 	Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
  | |
30. 	(Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan).
  | |
31. 	(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
  | |
32. 	Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar!
  | |
33. 	Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
  | |
34. 	(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
  | |
35. 	Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
  | |
36. 	Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
  | |
37. 	Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
  | |
38. 	Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
  | |
39. 	Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan.
  | |
40. 	Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
  | |
Listen Quran Recitation | 
        
| Mishary Rashed al-Efasy | 
        
        
| Prophet's Mosque (4 Reciters) | 
        
| Mohammed Siddiq Al Minshawy | 
        
        
| Abdullah Basfar | 
        
| Muhammad Aiyub | 
        
        
| Sodais and Shuraim | 
        

