سورة النازعات |
79. An-Naazi'aat | 46 verses | Those who drag forth | MeccanSearch | Recitation | Topics | Uthmani Script | Words | Quran Teacher |
![]() | |
1. Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
| |
2. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
| |
3. Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
| |
4. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
| |
5. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).
| |
6. Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
| |
7. Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
| |
8. Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
| |
9. Pemandangannya tunduk gerun.
| |
10. Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
| |
11. Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?
| |
12. Mereka berkata lagi (secara mengejek: Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!
| |
13. (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua);
| |
14. Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
| |
15. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
| |
16. Ketika dia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;
| |
17. (Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
| |
18. Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
| |
19. Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
| |
20. (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: Mukjizat yang besar.
| |
21. Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
| |
22. Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
| |
23. Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru;
| |
24. Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi.
| |
25. Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
| |
26. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
| |
27. (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
| |
28. Dia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
| |
29. Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
| |
30. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);
| |
31. Dia mengeluarkan dari bumi itu: Airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
| |
32. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
| |
33. (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
| |
34. Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar;
| |
35. Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya;
| |
36. Dan Neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya;
| |
37. Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya);
| |
38. Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata;
| |
39. Maka sesungguhnya Neraka Jahannamlah tempat kediamannya.
| |
40. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu;
| |
41. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
| |
42. Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya?
| |
43. Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
| |
44. Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
| |
45. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
| |
46. (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
|
Listen Quran Recitation |
Mishary Rashed al-Efasy |
Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Mohammed Siddiq Al Minshawy |
Abdullah Basfar |
Muhammad Aiyub |
Sodais and Shuraim |