سورة التكوير |
81. At-Takwir | 29 verses | The Overthrowing | MeccanSearch | Recitation | Topics | Uthmani Script | Words | Quran Teacher |
1. Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
| |
2. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
| |
3. Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
| |
4. Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
| |
5. Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
| |
6. Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
| |
7. Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
| |
8. Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: Ditanya,
| |
9. Dengan dosa apakah dia dibunuh?
| |
10. Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
| |
11. Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
| |
12. Dan apabila Neraka dinyalakan menjulang;
| |
13. Dan apabila Syurga didekatkan;
| |
14. (Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
| |
15. Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul;
| |
16. Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya;
| |
17. Dan malam, apabila ia hampir habis,
| |
18. Dan siang, apabila ia mulai terang;
| |
19. Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia,
| |
20. Yang kuat gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai Arasy,
| |
21. Yang ditaati di sana (dalam kalangan malaikat), lagi dipercayai.
| |
22. Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah dia seorang gila (seperti yang kamu tuduh);
| |
23. Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata.
| |
24. Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib.
| |
25. Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam.
| |
26. (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)?
| |
27. Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
| |
28. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.
| |
29. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
|
Listen Quran Recitation |
Mishary Rashed al-Efasy |
Prophet's Mosque (4 Reciters) |
Mohammed Siddiq Al Minshawy |
Abdullah Basfar |
Muhammad Aiyub |
Sodais and Shuraim |