Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "firaun" appears 128 time(s) in 112 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari firaun dan orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
(2)  Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
(3)  (Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum firaun dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.
(4)  Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh firaun dan orang-orangnya) dan Dia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu).
(5)  Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.
(6)  Dan berkatalah Nabi Musa: Hai firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
(7)  firaun menjawab: Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah ia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar.
(8)  Berkatalah Ketua-ketua dari kaum firaun: Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
(9)  Dia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu. (firaun bertanya): Oleh itu, apa yang kamu syorkan?
(10)  Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada firaun lalu berkata: Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?
Next
Pages 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

The word(s) "firaun" appears 128 time(s) in 112 verse(s) in Quran in Malay translation.