Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "dayanya" appears 4 time(s) in 4 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Dengan sebab itu dapatlah dia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?
(2)  Maka Firaun pun berangkat dari majlis itu. Dia mengumpulkan ahli-ahli sihir untuk menjalankan tipu-dayanya, kemudian dia datang ke tempat perlawanan.
(3)  Sesiapa yang menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan menolong Nabi Muhammad dalam dunia ini dan di akhirat kelak, maka hendaklah dia menghulurkan tali (serta mengikatnya) di bumbong rumahnya, kemudian hendaklah dia menjerut lehernya (supaya dia mati tercekek); dalam pada itu hendaklah dia memikirkan lebih dahulu, adakah tipu dayanya itu dapat menghapuskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahannya?
(4)  Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka.

The word(s) "dayanya" appears 4 time(s) in 4 verse(s) in Quran in Malay translation.