Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "diterangkannya" appears 6 time(s) in 6 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Mereka berkata pula: Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkannya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu? Nabi Musa menjawab: Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.
(2)  Mereka berkata lagi: Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkannya kepada kami apa warnanya? Nabi Musa menjawab: Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya.
(3)  Mereka berkata lagi: Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkannya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya) dan kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu itu).
(4)  Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau dia diceraikan (oleh suami baru itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (mas kahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.
(5)  Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi.
(6)  Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkannya kepada kamu dan (ingatlah), sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan membesarkan pahala balasannya.

The word(s) "diterangkannya" appears 6 time(s) in 6 verse(s) in Quran in Malay translation.