Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "engkaulah" appears 35 time(s) in 25 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(2)  Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
(3)  Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami; sesungguhnya engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani;
(4)  Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(5)  Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
(6)  Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
(7)  Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(8)  engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
(9)  (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(10)  (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan agama Allah)? Rasul-rasul itu menjawab: Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya engkaulah sahaja Yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib.
Next
Pages 1 2 3

The word(s) "engkaulah" appears 35 time(s) in 25 verse(s) in Quran in Malay translation.