Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "zakaria" appears 14 time(s) in 11 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi zakaria. Tiap-tiap kali Nabi zakaria masuk untuk menemui Mariam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi zakaria bertanya: Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Mariam menjawab; Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.
(2)  Ketika itu Nabi zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
(3)  Nabi zakaria berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?, Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.
(4)  Nabi zakaria berkata lagi: Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung). Allah berfirman: Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi.
(5)  Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): zakaria dan Yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.
(6)  (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya zakaria.
(7)  (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
(8)  (Nabi zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):Wahai zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.
(9)  Nabi zakaria bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?
(10)  Nabi zakaria merayu lagi: Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung), Allah Taala berfirman: Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat.
Next
Pages 1 2

The word(s) "zakaria" appears 14 time(s) in 11 verse(s) in Quran in Malay translation.