Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "pintunya" appears 5 time(s) in 5 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik.
(2)  Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: (Peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji dan bukanlah perkara kebajikan: Kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.
(3)  Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;
(4)  Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
(5)  Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk) -

The word(s) "pintunya" appears 5 time(s) in 5 verse(s) in Quran in Malay translation.