Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "yahya" appears 5 time(s) in 5 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua dan juga akan menahan diri dari berkahwin dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh.
(2)  Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria dan yahya dan Isa dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.
(3)  (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.
(4)  Wahai yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa dia masih kanak-kanak.
(5)  Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.

The word(s) "yahya" appears 5 time(s) in 5 verse(s) in Quran in Malay translation.