Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "seruanku" appears 7 time(s) in 7 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(2)  Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
(3)  Dalam pada itu, jika kamu membelakangkan juga seruanku, maka tidaklah menjadi hal kepadaku kerana aku telah sampaikan kepada kamu apa yang telah diutus oleh Allah untuk menyampaikannya dan Tuhanku akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang lain (setelah kamu dibinasakan) dan kamu pula tidak akan dapat membahayakanNya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemelihara tiap-tiap sesuatu.
(4)  Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku.
(5)  Nabi Hud berdoa dengan berkata: Wahai TuhanKu, belalah daku, kerana mereka telah mendustakan seruanku.
(6)  Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran).
(7)  Dan mereka telah menjalankan tipu daya dengan merancangkan rancangan yang amat besar jahatnya (untuk menentang seruanku).

The word(s) "seruanku" appears 7 time(s) in 7 verse(s) in Quran in Malay translation.