Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "kemurkaanku" appears 7 time(s) in 6 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanku dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanku, maka sesungguhnya binasalah ia.
(2)  Dan juga penduduk Madyan dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanku.
(3)  Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanku?
(4)  Dan (ketahuilah bahawa) umat-umat yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya), sedang mereka (yang mendustakanmu) itu tidak: Mencapai satu persepuluh (dari kekayaan, kepandaian dan kekuatan) yang Kami beri kepada umat-umat yang terdahulu itu; setelah umat-umat itu mendustakan Rasul-rasulKu (mereka pun dibinasakan). Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanku (menimpa mereka).
(5)  Kemudian Aku timpakan orang-orang kafir itu dengan azab yang membinasakan, maka perhatikanlah bagaimana buruknya akibat kemurkaanku (menimpa mereka).
(6)  Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanku.

The word(s) "kemurkaanku" appears 7 time(s) in 6 verse(s) in Quran in Malay translation.