Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "mahfuz" appears 9 time(s) in 9 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh mahfuz) yang terang nyata.
(2)  Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(3)  Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Luh mahfuz).
(4)  Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.
(5)  Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Luh mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah.
(6)  Adakah pada sisi mereka (Lauh mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
(7)  Atau adakah di sisi mereka (Luh mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?
(8)  (Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Luh mahfuz;
(9)  (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh mahfuz.

The word(s) "mahfuz" appears 9 time(s) in 9 verse(s) in Quran in Malay translation.