Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "dihidupkan" appears 6 time(s) in 6 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  Dan orang-orang yang kafir pula berkata (sesama sendiri secara mengejek-ejek): Mahukah, kami tunjukkan kepada kamu seorang lelaki yang memberitakan kepada kamu: (Bahawa apabila kamu dihancurkan sehancur-hanurnya sesudah mati), sesungguhnya kamu akan dihidupkan semula dalam bentuk kejadian yang baru?
(2)  Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);
(3)  Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan?
(4)  Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam bumi (sesudah mati) dan mengeluarkan kamu daripadanya (sesudah dihidupkan semula untuk dihitung amal kamu dan diberi balasan), dengan pengeluaran yang sesungguh-sungguhnya?
(5)  Patutkah manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
(6)  Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?

The word(s) "dihidupkan" appears 6 time(s) in 6 verse(s) in Quran in Malay translation.