Advertisement
 
results per page.      
   
  Apply a phonetic

The word(s) "mahsyar" appears 9 time(s) in 9 verse(s) in Quran in Malay translation.

(1)  (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).
(2)  Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): Tinggallah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu (ke Padang mahsyar) dengan bercampur-aduk.
(3)  Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata dan Kami himpunkan mereka (di padang mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.
(4)  Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang mahsyar.
(5)  Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu berserta syaitan-syaitan di Padang mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk berlutut di keliling Neraka Jahannam.
(6)  Dan (setelah itu) datanglah tiap-tiap orang (ke Padang mahsyar), disertai (dua malaikat: Yang satu menjadi) pembawa dan (yang satu lagi menjadi) saksi;
(7)  Pada hari bumi terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan (menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang mahsyar itu, mudah bagi Kami melaksanakannya.
(8)  Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),
(9)  Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang mahsyar);

The word(s) "mahsyar" appears 9 time(s) in 9 verse(s) in Quran in Malay translation.